🎉 Memperkenalkan Siri Pes Emma Baharu: Citarasa Asia! 🎉
Adakah anda bersedia menerokai masakan tradisi Emma yang menggabungkan rempah-rempah terbaik dan asli, yang membawa anda citarasa nostalgia? Usah cari lagi! Pes Kari Ayam, Pes Rendang dan Pes Sambal Tumis Emma sedia untuk jamuan anda.
Kenapa pilih Siri Pes Emma?
- Ramuan asli: Kami hanya menggunakan rempah ratus asli dalam pes-pes Emma..
- Citarasa Malaysia: Campuran kunyit, jintan manis, ketumbar dan rempah-rempah lain membawa rasa yang secukupnya dalam masakan anda..
- Ibarat Masakan Rumah: Ingat tak lagi kari ayam, rendang dan sambal tumis yang mak atau nenek buat dulu? Pes kami walaupun bukan seratus peratus sama, tapi amat serupa dengan resipi tradisi dan ia telah dipermudahkan masakannya dengan adanya teknologi sekarang.
- Senang Dimasak: Kami faham kehidupan harian sekarang menjadi lebih sibuk berbanding dahulu. Itulah sebabnya pes kami sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual yang sibuk. Hanya dalam beberapa langkah mudah, anda boleh menyediakan hidangan yang enak dan beraroma unutk keluargamu.
Cara-cara Memasak Pes Emma?
1) Pes Kari Ayam Emma:
- Tumis: Panaskan pes dalam kuali dan masukkan ayam bersama kentang yang telah dipotong saiz kiub. Tumis dengan api sederhana selama 5 minit.
- Reneh: Tambah 1 paket UHT Santan Kelapa Emma, 200ML dan renehkan dengan penutup selama 20-25min atau sehingga ayam dan kentang masak.
- Hidang: Sesuai dimakan dengan nasi, roti atau prata.
2) Pes Rendang Emma:
- Tumis: Masukkan ke dalam periuk 1kg daging pilihan anda (ayam atau daging) dan Pes Rendang Emma. Tumis dengan api sederhana selama 5 minit.
- Reneh: Tambah 2 paket UHT Santan Kelapa Emma, 200ML Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan 1 paket kerisik untuk menambah rasa. Biarkan ia masak sebentar lagi.
- Hidang: Hidangkan rendang bersama nasi kukus atau ketupat.
3) Pes Sambal Tumis Emma:
- Sedia Untuk Dimakan: Pes Sambal Tumis Emma boleh dimakan terus dari paket. Tidak perlu mencincang, mengisar atau menumis. Tambahkan pes ini pada hidangan kegemaran anda.
- Cara-cara menikmati Pes Sambal Tumis Emma:
- Nasi Lemak: Gandingan klasik. Hidangkan Pes Sambal Tumis Emma bersama nasi lemak, ikan bilis goreng, telur rebus dan hirisan timun.
- Sambal Ikan/Sotong: Sapu Pes Sambal Tumis Emma ke atas ikan atau sotong bakar untuk hidangan makanan laut yang lazat.
- Sambal Kang Kong: Sayur kangkung digoreng dengan Pes Sambal Tumis Emma memang gabungan yang tiada setanding. Hidangan yang cepat dan enak.
Anda dah bersedia menaikan selera keluarga?
Kunjungi kedai sekerang dan buat pembelian Pes-pes Emma. Ia akan dihantar terus kepada rumah atau alamat yang anda nak. Tingkatkan citarasa masakan anda dengan pes-pes emma 🌶️🍛
Enjoy this blog? Share it now!