Eramas Ingredients Sdn Bhd terletak Negeri Sembilan, Malaysia. Berfokus pada pengeluaran semburan kering dan semburan sejuk, ia berkapasiti 1000MT sebulan dan dapat menghasilkan semua jenis serbuk makanan yang terdiri dari kelapa hingga ke kelapa sawit. Kilang kami mempunyai kemudahan dan teknologi lengkap untuk melakukan pempasteuran, homogenisasi, semburan kering, pengetinan, ‘auger filling’, pembungkusan, kawalan kualiti dan R&D.

Kami menyasarkan untuk menjadi pengilang yang bertanggungjawab & beretika yang akan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti yang beroperasi di dalamnya. Kami sentiasa bersedia untuk berubah & menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran perniagaan dan untuk memanfaatkan kelebihan daya saing kami.

Kami berusaha untuk menjadi inovatif untuk memenuhi keperluan pelanggan baharu sambil meningkatkan kecekapan & produktiviti melalui prosedur kerja yang cekap dengan tenaga kerja yang bermotivasi dan kejujuran.